Assalamualaikum..
Alhamdulillah bertemu kembali lagi pada entry kali ini. Sebelum tu, rasanya
belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin.
Baiklah, entry kali ini akan
membawa kita untuk menyelami apa itu
perasaan dan emosi. PERASAAN ye, bukan PERASAN. hehehe. Ermm, adakah perasaan
itu sama dengan emosi atau tidak? Adakah perasaan itu berkaitan dengan emosi?
Adakah perasaan mempengaruhi emosi atau emosi mempengaruhi perasaan? Adakah
perasaan itu sama dengan perasan? <-- ada kaitan kerr??.. adakah
perasaan…. Ermm cukup la tu, banyak
sangat kang nak kena hurai.. hehe
Menjawab persoalan pertama,
adakah perasaan itu sama dengan emosi. Jawapannya ada dua je. Ya atau Tidak (
jawapan skema ). Sebelum itu, biar kita telusuri dahulu apakah definisi
perasaan dan emosi. Perasaan itu melibatkan rasa seseorang ketika menghadapi
sesuatu keadaan seperti rasa sedih, marah, gembira, takut dan kecewa.
Perasaan-perasaan inilah menunjukkan seseorang itu mempunyai emosi dan ianya
akan berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapi. Manakala, emosi ialah satu
interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang merangkumi 4
kompenen iaitu menimbulkan pengalaman, mencetuskan pemikiran, perubahan
fisiologi dan tingkah laku. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa emosi dan
perasaan itu 2 perkara yang hampir sama tetapi tidak sama namun terdapat
perkaitan yang sangat rapat antaranya sekaligus menjawap persoalan pertama
iaitu “Adakah perasaan itu berkaitan dengan emosi?”
Persoalan seterusnya yang
aku pasti ramai yang ingin tahu iaitu adakah perasaan mempengaruhi emosi atau
sebaliknya? Sekiranya kita teliti dan fahami definisi emosi dan perasaan dan
kita meneliti setiap peristiwa yang terjadi kepada kita, pastinya kita akan dapat
jawapan dengan mudahnya. Sebenarnya, emosilah yang mempengaruhi perasaan. Hal
ini demikian kerana apabila emosi kita tidak stabil maka akan lahirlah
perasaan-perasaan negative dan tidak menyenangkan.
Kali ini aku nak cerita
peristiwa di mana aku mengalami tekanan emosi sekaligus menjejaskan emosi.
Peritiwa nie baru je berlaku dimana aku telah memberikan kunci bilik kepada
kawan sekelas kerana dia hendak mencetak kerja kursusnya, padahal kurang dari
setengah jam dari itu, kami akan ada ujian amali berkaitan pendidikan jasmani.
Oleh sebab rasa kasihan dan masa agak terhad kerana kerja kursus perlu dihantar
selepas berakhirnya ujian amali tersebut, aku terus bersetuju memberikan
kebenaran kepadanya untuk mencetak di bilik aku. Setelah berakhirnya ujian amali,
aku dan rakan sebilik telah pergi ke café untuk membungkus makanan lantaran
tidak larat dan penat untuk makan di cafe. Tiba di depan bilik, barulah aku
perasan yang kunci bilik kami masih ada pada kawan aku itu. Aku terus call dan
menyuruh dia mengantar kunci kepada aku secepat mungkin. Namun, rasa marah
tiba-tiba je menyerang aku lantaran kawan aku jawab dia nak makan. Hanya tuhan
yang tahu perasaan aku pada masa itu. Dah la penat pastu menunggu pulak di
depan bilik. Masa terus berlalu, kawan aku tu belum jugak muncul. Aku pun terus
call balik. Dan jawapan yang aku terima ialah dia masih makan. Aku dengan
perasaan yang bengang terus memaki hamun dia. Aku hilang kawalan lantaran aku
terlalu penat dan ingin mandi lantaran badan melekit akibat peluh. Tungu punya
tungu, akhirnya kawan aku tu pun sampai dan terus aku memarahinya. Aku bagaikan
sinbga kelaparan hingga segala-gala yang terbuku di hati aku luahkan tanpa
adanya lampu insyarat merah untuk berhenti. Namun, aku tersedar, dalam masalah
ini bukan dia sahaja bersalah tetapi aku juga ada salah kerana tidak meminta
kunci semasa kami menjalankan ujian amali padahal kami satu kumpulan semasa
menjalankan ujian amali tersebut. Perasaan marah aku semakin lama semakin
menghilang. Dari peristiwa ini, aku dapat tahu bahawa kerana badan penat dan
letih emosi aku kurang stabil sehingga menimbulkan rasa marah tanpa memikirkan
dengan mendalam sebelum mengeluarkan api amarahku. Dan di sini jelaslah, emosi
itulah yang mempengaruhi perasaan seseorang.
Setakat ini sahaja untuk
kali ini. penat sangat2 lantaran pagi tadi ada larian 2.4. naik lenguh badan
dibuatnya..
“senyum
tak perlu kata apa-apa”