Sunday 15 September 2013

Tenangkan Minda dengan Si Comel...

Sekian lama x update blog ni . . hohoho . . nampak sangat buat blog hanya tuk dapat markah.. hehe . .
ok, kali ni nak post pasal si comel . . siapa si comel? kucing kah ? atau arnab ? x pun hamster ?

tettttttttttt . . semua salah . . si comel ialah si empunya blog ni . . hahahhahhaha . . gurau jak eh biarpun saya memang come. Tak tipu. Saya Janji . . . haha

owkey, x nak melalut lama sangat meh kita usha siapakah gerangan si comel tuhh..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


yg nie aku suke giler . . haha . . comel je dia sambil jelir lidah.. muahaha













yg ni comel ker ? ? ker hensem ? hahahh

Tuesday 10 September 2013

KONSEP KEMAHIRAN, KAEDAH DAN TEKNIK MENDENGAR DAN BERTUTUR



KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga (Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114)). Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas.
Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1994 pula telah menerangkan kemahiran mendengar merupakan satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa yang bermakna. Sebagai contoh perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Konsep Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan satu perbuatan yang melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) seseorang. Perbuatan ini merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa.  Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.
            Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur iaitu bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.





                       

KONSEP KAEDAH KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Manakala pengertian bagi kaedah kemahiran bertutur dan mendengar ialah prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
            Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Walaubagaimanapun, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaiatu kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.

Kaedah Terus.
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harold Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip pengajaran berdasarkan psikologi. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid. Sarjana bahasa menganggap bahawa daripada penggunaan kaedah ini, murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran, kemudiannya melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Daripada pelaksanaan kaedah ini, sarjana bahasa berpendirian bahawa pembelajaran bahasa ibunda adalah dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang didengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa ( Michell dan Harold, 1936 )

Kaedah Fonetik/Linguistik. 
Kaedah linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.
Selain itu, kaedah ini juga mementingkan bentuk daripada makna. Pemilihan pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran haruslah berdasarkan bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda.
            Kaedah ini amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan penyebutan.

Kaedah Eklektik.
Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah yang digabung contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti mereka sendiri. Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.
            Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif  ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab.
           
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti Michigan, Charles Fries, iaitu seorang ahli Linguistik Struktural telah menolak Kaedah Terus (Direct Method). Beliau mengatakan bahawa bahasa harus diajar secara sistematik dengan menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi secara lisan (Ricards dan Rogers, 1986 )
Kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Dalam konteks pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Kaedah audio-lingual ini merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis. 
Kaedah ini adalah hasil gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, mengajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik.

Kaedah Komunikatif
Kaedah komunikatif merupakan kaedah yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa. Kaedah ini amat menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif serta interaksi bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa iaitu bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.
            Dalam kaedah komunikatif ini terdapat tiga prinsip asas iaitu murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan. Kedua, pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana. Dan yang ketiga ialah pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar.