Monday 30 July 2012

Semangat Itu Penting!


Assalammulaikum..
Baiklah, sebelum berfokuskan kepada tajuk n3 kali ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang menyambutnya tidak kira dimana berada. Tak lama lagi nak raya, tak sabar rasanya nak balik kampung. Nikmatnya menyambut hari raya di kampung halaman bersama keluarga tercinta tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berhenti disini je tentang raya2 nie, kita berfokus balik kepada tajuk n3 kali nie.. hehe.. ^_^

Elemen Kecergasan Emosi

Apa itu elemen kecergasan emosi? Perkara pertama yang terbayang di minda aku pada masa mula-mula membaca tajuk n3 kali ni ialah ciri-ciri/tulang belakang kepada kecergasan emosi. Tulang belakang yang aku maksudkan ialah komponen yang terdapat dalam kecergasan emosi itu sendiri.
Menurut Golemen pada tahun 1995, elemen kecergasan emosi terdiri daripada 5 elemen iaitu kesedaran kendiri, pemantauan kendiri, dorongan diri, empati dan kemahiran sosial. Tapi kali ni, saya hanya akan berfokus kepada elemen “dorongan diri”.
Bercerita tentang elemen dorongan diri ini, saya teringat kembali peristiwa semasa saya menghadapi ujian-ujian penting sepanjang belajar di sekolah rendah dan menengah. Ujian penting itu semestinya terdiri daripada UPSR, PMR dan SPM. Walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi cerita pengalaman atau peristiwa semesa saya sekolah rendah yakni semasa menghadapi UPSR. Saya menghadapi UPSR pada tahun 2005. Stelai selesai ujian UPSR itu, saya telah tinggal di rumah kakak saya yang terletak di Sibu. Hujung tahun sememangnya jangka masa yang panjang dan amat membosankan kepada saya. Dua minggu sebelum habis cuti akhir tahun, keputusan UPSR telah keluar dan saya telah mendapat keputusan yang kurang memuaskan lantaran hanya mendapat 2 A sahaja. Perasaan tidak puas hati semakin terasa kerana kuputusan saya itu kurang satu A dari keputusan kakak saya. Saya merasa sangat rendah diri. Tapi setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah yang boleh dikira antara yang terbaik, saya kembali bersemangat. Lebih-lebih lagi sekolah itu juga sekolah tempat kakak saya sekolah. Sesungguhnya, malang itu tidak berbau. Seminggu sebelum saya balik ke kampung, saya telah mengalami kecederaan yang agak serius disebabkan kelalaian dan kenakalan saya sendiri. Tangan saya telah terkena kaca semsa bermain bola keranjang pada waktu hujan. Saya telah digegaskan ke Hospital Sibu dan menerima sebanyak 11 jahitan.
Waktu persekolahan telah bermula. Namun keadaan saya masih kurang sihat, jadi ibu saya ingin memohon agar saya diberi pengecualian untuk mendaftar setelah sembuh. Namun, ayah saya membantah dan menyuruh saya menyambung sekolah menengah yang dekat kampung kami. Tapi ibu membantah sekerasnya. Hal ini demikian kerana, sekolah tersebut telah “dicopkan” oleh masyarakat setempat sebagai sekolah untuk budak-budak jahat atau keputusan yang tidak baik. Ibu saya takut saya akan lalai sekaligus merosakkan masa depan saya sendiri. Namun, ayah saya member nasihat, sesungguhnya tempat belajar itu bukan satu ukuran, tetapi semangat ingin pelajar dalam diri seseorang itu adalah penentu kejayaan seseorang. Labih-lebih lagi, melihat akan keadaan saya yang kurang sihat, sekolah tersebut fleksibal untuk saya terus menyambung pelajaran. Akhirnya, kata sepakat telah dicapai, saya akhirnya bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan kampung saya. Sememangnya, saya akui pada mulanya saya takut akan peljaran saya lantaran sekolah tersebut antara sekolah berprestasi rendah. Namun, dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh ayah saya membakat tekad dihati untuk gigih berusaha. Pepatah lama ada mengatakan “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” menjadi bukti kejayaan saya pada hari ini. Sesungguhnya, dorongan keluarga amat memberi impak yang luar biasa kepada masa depan saya kini. Setakat ini sahaja kali ini tetapi sebelum itu, renung-renungkan kata pemangkin dibawah. ^_^

orang malas mencari alasan, orang rajin mencari jalan”
 SEMANGAT ITU YANG PENTING... :)

Sunday 15 July 2012

Sabar Itu Indah


Assalammualaikum. Pada sabtu lepas (7/5/12), saya dan kawan-kawan saya telah jalan-jalan di MJ. Pada awalnya kami merancang untuk bergerak pada jam 4 petang, namun seorang kawan saya bergerak lebih awal untuk menemani kawannya berjalan di PS. Saya dan seorang lagi kawan saya bergerak sekitar jam 2 petang memandangkan perut kami meminta untuk diisi. Untuk mengisi perut yang sangat lapar ini, saya dan kawan saya telah bersetuju memilih untuk makan di restoran KFC di KL Sentral. Sememangnya tempat ini menjadi pilihan kami untuk makan sekiranya keluar berjalan-jalan.  Setibanya di sana, kami sepakat memilih menu rice plate combo untuk dijadikan hidangan. Dijadikan cerita, nasi di restoran tersebut belum masak dan memerlukan sedikit masa masak. Disebabkan rasa lapar dan malas untuk mencari tempat makan yang lain, saya terus setuju. Sementara menunggu nasi masak, saya dan kawan saya menjamah ayam sedikit demi sedikit. 15 minit berlaku, nasi tidak juga sampai-sampai. Tahap kesabaran yang masih bersisa masih dapat saya tahan. Tanpa disedari ayam kawan saya telah habis dimakannya. Pada mulanya, saya juga ingin menghabis saki baki ayam saya yang masih tinggal, namun mengingatkan nasi di restoran KFC adalah kegemaran saya, saya membatalkan niat untuk menghabiskan ayam saya sebelum nasi datang. Lebih kurang 15 minit berlalu, tahap kesabaran saya hampir nipis senipis kulit bawang dan pada masa itulah nasi yang kami pesan telah sampai. Pekerja restoran itu memohon maaf kerana lambat menghantar pesanan kami itu. Saya tidak bereaksi apa-apa lantaran perut saya meminta untuk diisi terlebih dahulu. Saya dengan lahapnya telah memakan nasi tersebut. Setelah selesai makan, barulah saya dapat berfikir secara lebih rasional. Timbul rasa bersalah di hati saya kerana tidak bersabar semasa menunggu pesanan yang saya pesan. Sekiranya dibandingkan dengan negara-negara yang bergolak, saya lebih beruntung kerana hanya perlu menunggu setengah jam untuk menerima pesanan. Tapi mereka menunggu satu hari bahkan berhari-hari  untuk menerima makanan belum tentu akan mendapatkannya. Saya juga merasa bersalah kerana bersikap biadap kepada pekerja restoran tersebut semasa menghantar nasi. Seketika, mata saya meliar-liar untuk mencari kelibat pekerja tersebut untuk memohon maaf, namun gagal mengesannya. Saya tidak dapat menunggu lebih lama di situ lantaran hari semakin petang dan takut lambat untuk membeli barang di MJ. Jadi apa yang dapat saya perolehi dalam kejadian ini adalah kita hendahlah bijak untuk mengawal emosi kita dalam apa jua keadaan termasuk dalam masa kita tengah lapar. Setakat ini sahaja untuk hari. Tapi sebelum itu, sama kita renung  kata pujangga ini. ^__<
10% APA YANG BERLAKU KE ATAS DIRI KITA, DAN 90% BAGAIMANA KITA BERTINDAKBALAS DAN MENERIMANYA”

Tuesday 10 July 2012

Emosi Tidak Stabil? Hadapinya Dengan Senyuman!


Assalammualaikum. Post kali ini akan menerang tentang apa itu kecergasan emosi. Apabila mendengar sahaja frasa ini, saya terbayangkan emosi yang cergas dan meliputi pelbagai emosi seperti gembira, marah, sedih dan sebagainya. Apa yang saya bayangkan itu mungkin tidak meliputi keseluruhan tentang  takrif kecergasan emosi secara terperinci. Jadi, dibawah ini saya akan terangkan apa itu kecergasan emosi mengikut beberapa maklumat yang saya perolehi dan telah saya fahami.. ^__^

KECERGASAN EMOSI
Apa itu EMOSI? Perkataan emosi itu sendiri sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir yang bermaksud ‘kegembiraan’ iaitu dari bahasa Latin emovere. Menurut Kamus dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa yang kuat. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa emosi melibat tentang perasaan. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.
Berdasarkan definisi diatas dan apa yang telah saya fahami, maka dapat saya simpulkan bahawa kecergasan emosi atau dalam bahasa Inggerisnya Emotional Quotation ( EQ ) adalah kemampuan melahirkan sesuatu perasaan, kesedaran dan kefahaman tentang emosi. Dengan kata mudahnya, kecergasan  emosi adalah bagaimana kita mengawal dan mengendalikan emosi kita dalam sesuatu situasi.
Memang pada  mulanya saya agak bingung  juga tentang maksud kecergasan emosi ini, tapi setelah cuba memahaminya, saya semakin tertarik dan saya rasa saya akan lebih memahami diri sendiri dengan mempelajari subjek ini. Rasa tidak sabar pula nak mempelajari dengan lebih mendalam tentang kecergasan emosi ini. Pada hemat saya, saya pasti akan dapat mengawal emosi saya yang kadang-kadang seperti puting beliung seandainya dilanda masalah. Sikap panas baran semestinya akan menguasai diri saya ketika terlalu tertekan dangan masalah yang dihadapi. Namun, saya telah sematkan dalam diri saya, saya percaya dengan mempelajari kecergasan emosi ini saya mampu menangani masalah emosi saya yang tidak menentu ini. Mungkin mengambil masa yang lama, namun lama-lama pasti akan dapat ditangani. Jadi langkah pertama yang saya akan ambil ketika mengahadapi  masalah ialah MENGHADAPINYA DENGAN SENYUMAN. Saya pernah terbaca perihal “stress”. Dalam dunia ini ada 2 jenis “stress”. Pertama “stress” jahat yang akan merosakkan “mood” kita, dang yang kedua “stress” baik” dimana akan melawan “stress” jahat. Cara nak dapat “stress” baik ni, kita kenalah senyum selalu. Jadi, kita kena la senyum selalu. Senyum sokmo. Setakat ini sahaja..

Jom hayati lirik lagu HADAPI DENGAN SENYUMAN by Dewa ni. ^__^

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Monday 9 July 2012

Aku suka baby, aku benci penderaan baby!!

Assalammualaikum. Baiklah, Post kali ini perihal Kecergasan Emosi.
Pada 2 minggu lepas,dalam kelas Kecergasan Emosi, kami telah berbincang perihal perkara/benda yang membuatkan kami santai dan senang hati. Pada sudut diri saya sendiri, melihat, bermain dengan "baby'' adalah perkara yang membuatkan saya santai, senang hati dan saya dapat kepuasan yang tersendiri dan sangat sukar untuk saya gambarkan dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Entah kenapa, saya begitu suka dengan "baby". Asal jumpa saja "baby" di tengah-tengah jalan ke, tempat beli belah ke, tempat makan ke, saya pasti akan memerhati gelagat "baby'' tu. Lebih-lebih lagi kalau "baby" tu montel. Naik geram saya dibuatnya. Bukan geram apa, geram nak main dengan "baby" itu saja. Saya akan ketawa, tersengih-sengih sendiri melihat gelagat "baby". Mungkin saya anak bongsu kot, tu sebab lah saya ter"gila-gila"kan "baby" ni. Tapi, apa yang penting bagi saya, segala kesusutan yang melanda saya pasti akan terbang dan menghilang seketika apabila melihat wajah mulus, comel "baby". Namun, sekarang makin ramai manusia terutama di Malaysia yang tidak suka "baby". Buktinya, banyak kes berkaitan "baby" yang dilaporkan dimedia massa. Yang itu yang dilaporkan, belum termasuk yang dilaporkan. Saban hari, kes-kes pembuangan bayi, penderaan bayi acapkali terpampang di dada akhbar. Tiap kali membacanya, perasaan benci mula timbul dan rasa sangat marah mengenangkan tindakan segelintir "binatang" yang bertopengkan manusia ini. Kemana hilang sikap keperimanusiaan mereka? Didikan agama mereka? Rasa kasih sayang mereka? Waima binatangpun sayang akan anak mereka. Mereka tidak layak menjadi manusia kerana sanggup membuang bayi dan mendera "baby".  Melihat keadaan "baby" yang dilakukan oleh mereka tanpa belas kasihan, hati ini macam di hiris sembilu. Kadang-kadang terlintas juga di fikiran, saya sanggup menjaga "baby" andai mereka tidak ingin menjaganya. Namun, melihat keadaan saya buat masa kini, ia seolah-olah mengekang hasrat itu. Tapi andai suatu hari nanti saya berkesempatan, saya akan penuhi dan merealitikan hasrat itu. Amin. Hari ini, banyak juga pusat-pusat yang mengatasi masalah ini, tapi nampaknya mereka tidak mengambil langkah penyelesaian itu, dan membuang bayi juga pilihan mereka. Sangat kejam dan satu tindakan yang sangat tidak boleh dimaafkan. Hukuman yang paling layak bagi mereka adalah hukaman MATI. Setakat ini sahaja dapat saya coretkan. Tidak sanggup memikirkan lagi tentang tindakan masyarakat yang sanggup membuat tindakan B***H dengan membuang, mendera "baby''. Tak pasal-pasal tercaci mereka pula.. ^__^


Thursday 5 July 2012

Matu Daerah Ku

Matu merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Sarawak. Seperti daerah-daerah lain, Matu juga mempunyai sejarah dan latar belakangnya tersendiri. Lingkungan tahun 1930-an, Matu merupakan sebuah perkampungan kecil yang merangkumi Kampung Kuala Matu, Kampung Sekaan, Kampung Jamoreng dan Kampung Tian. Pertambahan bilangan penduduk di perkampungan kecil itu meningkat pada tahun 1940-an iaitu lebih kurang seramai 3,000 orang. Ketika itu, Matu ditadbir oleh Muara Rejang termasuklah Daerah Sarikei dan Daro. Dalam dialek tempatan, Matu disebut sebagai ‘Matau’ atau ‘Mato’ yang merujuk kepada nama pokok Matau yang banyak terdapat di Matu. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak ditumbuhi pokok-pokok tersebut dan akhirnya ia menjadi pencetus ilham penubuhan kawasan ini.
Setelah kerajaan kolonial British menjajah Sarawak pada tahun 1946, pentadbiran kawasan ini berpindah ke Daerah Sarikei. Ketika itu, Matu dikenali sebagai Daerah Matu-Daro iaitu gabungan Matu dan Daro yang membentuk sebuah daerah. Semasa pemerintahan British, daerah kecil ini mempunyai kira-kira 600 buah rumah, pejabat kerajaan, balai polis, klinik dan bangunan-bangunan kerajaan yang lain. Kesemua bangunan ini terletak berdekatan dengan tebing sungai. Tidak jauh dari kawasan pentadbiran, terdapat bazar yang menempatkan 20 buah rumah kedai dan sebuah banglo sebagai tempat penginapan pegawai British yang datang melawat Matu.
Setelah Sarawak menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, pada 2 April 1973, Matu telah diisytiharkan sebagai sebuah sub-daerah dan pentadbirannya berpusat di Daro. Lokasi Daerah Matu-Daro terletak sepanjang pesisir pantai Loba Paloh dan Batang Igan termasuk sebahagian besar Pulau Bruit. Daerah Matu-Daro mempunyai keluasan lebih kurang 2,000 kilometer persegi dan mencatatkan populasi seramai 17,000 orang. Majoriti penduduknya berbangsa Melanau dan selebihnya bangsa-bangsa lain seperti Cina, Melayu dan Iban. Daerah Matu-Daro di kelilingi hutan paya bakau dan keadaan ini sekali gus mempengaruhi muka buminya yang bertanah paya. Matu hanya diisytiharkan sebagai daerah penuh pada 5 Mei 1991 dengan kemasukan Igan sebagai sub-daerah Matu. Pentadbirannya diambil alih oleh Mukah setelah daerah ini di naik taraf sebagai sebuah kawasan baru di Negeri Sarawak pada 1 Mac 2002