Wednesday 12 September 2012

PERASAAN DAN EMOSI



Assalamualaikum.. Alhamdulillah bertemu kembali lagi pada entry kali ini. Sebelum tu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Baiklah, entry kali ini akan membawa kita untuk menyelami  apa itu perasaan dan emosi. PERASAAN ye, bukan PERASAN. hehehe. Ermm, adakah perasaan itu sama dengan emosi atau tidak? Adakah perasaan itu berkaitan dengan emosi? Adakah perasaan mempengaruhi emosi atau emosi mempengaruhi perasaan? Adakah perasaan itu sama dengan perasan? <-- ada kaitan kerr??.. adakah perasaan….  Ermm cukup la tu, banyak sangat kang nak kena hurai.. hehe
Menjawab persoalan pertama, adakah perasaan itu sama dengan emosi. Jawapannya ada dua je. Ya atau Tidak ( jawapan skema ). Sebelum itu, biar kita telusuri dahulu apakah definisi perasaan dan emosi. Perasaan itu melibatkan rasa seseorang ketika menghadapi sesuatu keadaan seperti rasa sedih, marah, gembira, takut dan kecewa. Perasaan-perasaan inilah menunjukkan seseorang itu mempunyai emosi dan ianya akan berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapi. Manakala, emosi ialah satu interaksi yang kompleks dalam faktor objektif dan subjektif yang merangkumi 4 kompenen iaitu menimbulkan pengalaman, mencetuskan pemikiran, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa emosi dan perasaan itu 2 perkara yang hampir sama tetapi tidak sama namun terdapat perkaitan yang sangat rapat antaranya sekaligus menjawap persoalan pertama iaitu “Adakah perasaan itu berkaitan dengan emosi?”
Persoalan seterusnya yang aku pasti ramai yang ingin tahu iaitu adakah perasaan mempengaruhi emosi atau sebaliknya? Sekiranya kita teliti dan fahami definisi emosi dan perasaan dan kita meneliti setiap peristiwa yang terjadi kepada kita, pastinya kita akan dapat jawapan dengan mudahnya. Sebenarnya, emosilah yang mempengaruhi perasaan. Hal ini demikian kerana apabila emosi kita tidak stabil maka akan lahirlah perasaan-perasaan negative dan tidak menyenangkan.
Kali ini aku nak cerita peristiwa di mana aku mengalami tekanan emosi sekaligus menjejaskan emosi. Peritiwa nie baru je berlaku dimana aku telah memberikan kunci bilik kepada kawan sekelas kerana dia hendak mencetak kerja kursusnya, padahal kurang dari setengah jam dari itu, kami akan ada ujian amali berkaitan pendidikan jasmani. Oleh sebab rasa kasihan dan masa agak terhad kerana kerja kursus perlu dihantar selepas berakhirnya ujian amali tersebut, aku terus bersetuju memberikan kebenaran kepadanya untuk mencetak di bilik aku. Setelah berakhirnya ujian amali, aku dan rakan sebilik telah pergi ke café untuk membungkus makanan lantaran tidak larat dan penat untuk makan di cafe. Tiba di depan bilik, barulah aku perasan yang kunci bilik kami masih ada pada kawan aku itu. Aku terus call dan menyuruh dia mengantar kunci kepada aku secepat mungkin. Namun, rasa marah tiba-tiba je menyerang aku lantaran kawan aku jawab dia nak makan. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku pada masa itu. Dah la penat pastu menunggu pulak di depan bilik. Masa terus berlalu, kawan aku tu belum jugak muncul. Aku pun terus call balik. Dan jawapan yang aku terima ialah dia masih makan. Aku dengan perasaan yang bengang terus memaki hamun dia. Aku hilang kawalan lantaran aku terlalu penat dan ingin mandi lantaran badan melekit akibat peluh. Tungu punya tungu, akhirnya kawan aku tu pun sampai dan terus aku memarahinya. Aku bagaikan sinbga kelaparan hingga segala-gala yang terbuku di hati aku luahkan tanpa adanya lampu insyarat merah untuk berhenti. Namun, aku tersedar, dalam masalah ini bukan dia sahaja bersalah tetapi aku juga ada salah kerana tidak meminta kunci semasa kami menjalankan ujian amali padahal kami satu kumpulan semasa menjalankan ujian amali tersebut. Perasaan marah aku semakin lama semakin menghilang. Dari peristiwa ini, aku dapat tahu bahawa kerana badan penat dan letih emosi aku kurang stabil sehingga menimbulkan rasa marah tanpa memikirkan dengan mendalam sebelum mengeluarkan api amarahku. Dan di sini jelaslah, emosi itulah yang mempengaruhi perasaan seseorang.
Setakat ini sahaja untuk kali ini. penat sangat2 lantaran pagi tadi ada larian 2.4. naik lenguh badan dibuatnya..
“senyum tak perlu kata apa-apa”