Tuesday, 23 October 2012

JASAMU DIKENANG




ANALISIS DAN REFLEKSI KLIP VIDEO PILIHAN
Saya telah memilih video Tun Dr Mahathir tiga dalam satu iaitu Melayu Mudah Lupa, Perjuangan Yang Belum Selesai dan Perletakan Jawatan.
Pertama dalam slot Melayu Mudah Lupa. Tun Dr Mahathir telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk Melayu Mudah Lupa. Mendengar beliau mendeklamasikan sajak tersebut, hati saya sayu kerana beliau sangat risau akan sikap masyarakat sekarang terutamanya masyarakat melayu yang semakin hanyut dengan arus modenisasi. Beliau sangat sedih lantaran masyarakat Melayu pada masa kini seolah-olah lupa aka nasal-usul mereka dan keadaan mereka pada zaman dahulu. Diakhir sajaknya, beliau hampir menangis mengenangkan masa depan masyarakat Malayu pada masa akan datang.
Kedua, dalam slot Perjuangan Yang Belum Selesai. Dalam slot ini, Tun Dr Mahathir juga mendeklamasikan sajak yang bertajuk Perjuangan Yang Belum Selesai. Sajak ini mengisahkan perjuangan-perjuangan perjuang masa lalu yang telah bertarung jawa demi sebuah kebebasan. Namun, perjuangan para pejuang belum selesai kerana anak-anak merdeka perlu mengisi kesinambungan perjuangan mereka dengan memperjuangkan bangsa agar tidak lagi dipijak, dihina dan dicaci. Tun Dr Mahathir seolah-olah tahu akan masa depan nusa dan bangsa melihat kepada masyarakat yang menganggap kemerdekaan itu hanya dalam penjajah sahaja. Namun, Tun Dr Mahathir melihat bahawa kita bakal lagi dijajah dengan budaya asing hingga membuatkan beliau sebak dan sayu akan nasib bangsanya pada masa akan datang.
Slot ketiga iaitu slot perletakan jawatan beliau. Seseungguhnya, Tun Dr Mahathir sangat sedih dan sayu kerana beliau perlu mengundurkan diri dalam jawatannya hingga beliau tersedu-sedu. Beliau bertegas meletakkan jawatan biarpun mendapat banyak bantahan dari penyokongnya. Namun, beliau tekad akan keputusannya biarpun dilihat beliau sangat sedih kerana selepas ini mungkin beliau tidak dapat member hujah selantang itu selepas bersara nanti.
Melihat kepada watak dalam video yang saya pilih, sesungguhnya amat payah untuk mengungkapkan sesuatu biarpun dalam bentuk tersirat seperti dalam bentuk sajak kerana mesej yang kita inginkan sampaikan seolah-olah bakal terjadi. Seandainya saya diletak dalam situasi Tun Dr Mahathir dalam video tersebut mungkin saya tidak dapat mengungkapkan sajak lantaran terlalu sedih mengenang masa depan anak-anak bangsa yang semakin lalai. Biarpun dapat menghabiskan bait-bait sajak sekalipun, mungkin dalam sedu sedan yang teruk. Manakala dalam slot perletakan jawatan pula, keputusan tersebut mungkin tidak dapat dilakukan andai tidak mempunyai hati yang cekal dan tabah. Sekiranya diletakkan diri saya pada tempat Tun Dr Mahathir semasa perletakkan jawatan, saya memerlukan kekuatan mental yang tinggi dan sokongan moral dari pihak keluarga. Hal ini demikian kerana, saya perlu meletakkan jawatan yang penting dalam sesebuah pertubuhan sedangkan pertubuhan tersebut masih memerlukan saya. Lebih-lebih lagi apabila ramai yang membantah perletakkan itu, mungkin saya akan menangis tersedu-sedu kerana sangat terharu akan kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan kepada saya. Namun, saya akan tetap pada keputusan saya kerana ingin memberikan peluang kepada generasi beru untuk mengetuainya agar mampu menjadikan negara ini lebih aman, damai dan kondusif kepada penduduknya.
Maka dapatlah saya rumuskan video ini mempunyai kecerdasan emosi personal yang dipaparkan oleh Tun Dr Mahathir dalam menyampaikan mesejnya.  Beliau mengenali emosi yang beliau sampaikan dan kesannya. Sebagai contoh, semasa mendeklamasikan sajak, beliau menggunakan emosi sayu lantaran apa yang disampaikan beliau adalah tentang keadaan masyarakat Malaysia pada masa kini yang pada pandangan beliau sangat membimbangkan. Kesan dari emosi yang sayu, Tun Dr Mahathir sebak hingga menangis mendeklamasikan sajak kerana rasa bimbang yang sangat tinggi mengenangkan sikap dan masa depan nusa dan bangsa dan berharap mereka faham sekaligus mengubah sikap mereka. Selain itu, Tun Dr Mahathir juga dilihat seorang pemimpin yang berketrampilan dan tahu akan kelemahan sendiri. Hal ini terbukti apabila ramai yang membantah ketika beliau meletakkan jawatan kerana masih memerlukan khidmat beliau, namun beliau tetap dengan keputusannya kerana percaya akan keupayaan generasi baru yang mampu memancu negara dengan lebih maju.
 
                                                               JASAMU DIKENANG
 

No comments:

Post a comment