Sunday 15 July 2012

Sabar Itu Indah


Assalammualaikum. Pada sabtu lepas (7/5/12), saya dan kawan-kawan saya telah jalan-jalan di MJ. Pada awalnya kami merancang untuk bergerak pada jam 4 petang, namun seorang kawan saya bergerak lebih awal untuk menemani kawannya berjalan di PS. Saya dan seorang lagi kawan saya bergerak sekitar jam 2 petang memandangkan perut kami meminta untuk diisi. Untuk mengisi perut yang sangat lapar ini, saya dan kawan saya telah bersetuju memilih untuk makan di restoran KFC di KL Sentral. Sememangnya tempat ini menjadi pilihan kami untuk makan sekiranya keluar berjalan-jalan.  Setibanya di sana, kami sepakat memilih menu rice plate combo untuk dijadikan hidangan. Dijadikan cerita, nasi di restoran tersebut belum masak dan memerlukan sedikit masa masak. Disebabkan rasa lapar dan malas untuk mencari tempat makan yang lain, saya terus setuju. Sementara menunggu nasi masak, saya dan kawan saya menjamah ayam sedikit demi sedikit. 15 minit berlaku, nasi tidak juga sampai-sampai. Tahap kesabaran yang masih bersisa masih dapat saya tahan. Tanpa disedari ayam kawan saya telah habis dimakannya. Pada mulanya, saya juga ingin menghabis saki baki ayam saya yang masih tinggal, namun mengingatkan nasi di restoran KFC adalah kegemaran saya, saya membatalkan niat untuk menghabiskan ayam saya sebelum nasi datang. Lebih kurang 15 minit berlalu, tahap kesabaran saya hampir nipis senipis kulit bawang dan pada masa itulah nasi yang kami pesan telah sampai. Pekerja restoran itu memohon maaf kerana lambat menghantar pesanan kami itu. Saya tidak bereaksi apa-apa lantaran perut saya meminta untuk diisi terlebih dahulu. Saya dengan lahapnya telah memakan nasi tersebut. Setelah selesai makan, barulah saya dapat berfikir secara lebih rasional. Timbul rasa bersalah di hati saya kerana tidak bersabar semasa menunggu pesanan yang saya pesan. Sekiranya dibandingkan dengan negara-negara yang bergolak, saya lebih beruntung kerana hanya perlu menunggu setengah jam untuk menerima pesanan. Tapi mereka menunggu satu hari bahkan berhari-hari  untuk menerima makanan belum tentu akan mendapatkannya. Saya juga merasa bersalah kerana bersikap biadap kepada pekerja restoran tersebut semasa menghantar nasi. Seketika, mata saya meliar-liar untuk mencari kelibat pekerja tersebut untuk memohon maaf, namun gagal mengesannya. Saya tidak dapat menunggu lebih lama di situ lantaran hari semakin petang dan takut lambat untuk membeli barang di MJ. Jadi apa yang dapat saya perolehi dalam kejadian ini adalah kita hendahlah bijak untuk mengawal emosi kita dalam apa jua keadaan termasuk dalam masa kita tengah lapar. Setakat ini sahaja untuk hari. Tapi sebelum itu, sama kita renung  kata pujangga ini. ^__<
10% APA YANG BERLAKU KE ATAS DIRI KITA, DAN 90% BAGAIMANA KITA BERTINDAKBALAS DAN MENERIMANYA”

No comments:

Post a Comment